PRU16: Gandingan Anwar-Muhyiddin bawa ‘penawar’

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 2:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRU16: Gandingan Anwar-Muhyiddin bawa ‘penawar’

PUTRAJAYA – Gandingan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pilhan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak dilihat berupaya menjadi penawar kepada pelbagai permasalahan berkait perkauman di negara ini.

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Misrinah Misban berkata, keberadaan kedua-dua tokoh tersebut dalam satu barisan menjamin keyakinan rakyat dalam nasib dan isu Melayu terus dipertahankan.

Katanya, pada masa sama, kaum Cina dan India terus mendapat pembelaan daripada pimpinan lain dalam Pakatan Harapan (PH) dengan rekod pentadbiran sebelum ini yang ternyata berkesan.

“Gandingan Anwar dan Muhyiddin juga pastinya diterima baik oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Rakyat Malaysia Timur pastinya mengalu-alukan gandingan Anwar dan Muhyiddin kerana tidak fokus kepada politik perkauman dan menampilkan wibawa kepimpinan yang menyeluruh demi semua kaum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa berkata, gandingan Presiden PKR dan Presiden Bersatu, dilihat sebagai kombinasi terbaik sekiranya kedua-dua pemimpin itu mengambil alih jawatan perdana menteri dan juga timbalan perdana menteri kelak.

Husam Musa dilaporkan berkata, beliau melihat sekiranya kedua-dua pemimpin ini digandingkan, ia akan dapat mengamankan peralihan kuasa jawatan penting negara yang akan berlaku nanti. – KOSMO! ONLINE

The post PRU16: Gandingan Anwar-Muhyiddin bawa ‘penawar’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved