PRU16 Sebelum Februari 2028, PM Anwar Minta Semua Pihak Bersabar

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 11:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PRU16 Sebelum Februari 2028, PM Anwar Minta Semua Pihak Bersabar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) mesti diadakan sebelum Februari 2028, namun meminta semua pihak untuk bersabar mengenai tarikh pilihan raya tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditanya di program Dialog Negara yang disiarkan di RTM malam ini.

Jawapan PM tentang PRU16

"Pilihan Raya Umum mesti diadakan sebelum Februari 2028 lebih kurang. Jadi sabarlah.

"Sama ada sebelum hari kebangsaan atau sesudah, tiada lebih dari itu," selorohnya.

Ketika ditanya apa perubahan atau komposisi kerajaan yang akan berlaku sekiranya diberikan mandat sekali lagi, Anwar berkata beliau ingin mengangkat martabat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Baca juga:

Beliau juga meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada anak-anak muda.

"Dengan pengalaman yang ada dapat mengangkat martabat Malaysia, saya pencinta negara, saya yakin dengan keupayaan negara saya.

"Saya mahu Malaysia ini diangkat menjadi satu negara yang hebat dan gagah di rantau dan dunia ini. Itu cita-cita saya," ujar beliau

Menginjak ke tahun 2027, beliau turut berpesan kepada rakyat bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Image from: PRU16 Sebelum Februari 2028, PM Anwar Minta Semua Pihak Bersabar
Kredit: RTM

"Jika kita memahami perkara itu, kita boleh menyelesaikan sebahagian besar masalah kita.

"Seorang Perdana Menteri tentunya perlu pikul amanah dengan serius dan jangan salah guna kuasa serta memperkayakan diri. Seorang ketua pejabat, seorang ketua mahasiswa, seorang bapa dan seorang ibu harus pikul amanah.

"Jadi harus ada kesedaran yang meningkat dan kita baiki sebagai semangat persaudaraan tulen dalam kalangan kita. Elak daripada ketegangan.

"Masalah kita bukan soal kaum, jangan benci antara satu sama lain. Masalah kita adalah masalah prinsip dan akhlak. Jadi kita baiki bersama dan bina kekuatan kerana kita punyai potensi luar biasa untuk mengangkat martabat negara ini," kata Anwar.

Tambah beliau, Malaysia akan gagah tetapi dengan syarat semua rakyat bermuafakat, betulkan kesilapan-kesilapan dan bekerjasama sebagai satu pasukan besar melibatkan semua kaum, semua agama dan semua wilayah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved