Penyelesaian simpanan baharu yang menggabungkan aliran pendapatan terjamin dengan akses kepada ekuiti global, memperkukuh kerjasama bankasurans selama 15 tahun
Kuala Lumpur, 26 June — Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan UOB Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran PRUPrime Gain, iaitu pelan simpanan utama untuk pelanggan yang ingin mengekalkan kekayaan mereka sambil mengamalkan pendekatan pelaburan yang lebih berstruktur. Ia memenuhi dua keutamaan utama yang sering sukar diseimbangkan oleh pelanggan dengan membantu melindungi kekayaan yang telah mereka bina sambil terus mengembangkan kekayaan mereka dari semasa ke semasa.
Oleh sebab pelanggan kini lebih berpengetahuan dan lebih teliti dalam perancangan kewangan mereka, mereka semakin mencari pendekatan pelaburan yang berstruktur di samping mengekalkan kekayaan. Jangka hayat yang lebih panjang telah meningkatkan lagi keperluan untuk memastikan simpanan dapat menyokong keperluan kewangan jangka panjang¹, satu jurang yang PRUPrime Gain direka untuk ditangani.
Pelan ini, dengan komitmen jangka pendek, menyediakan manfaat kemandirian dan kematangan terjamin sekurang-kurangnya 100% daripada jumlah premium yang dibayar berserta booster kesetiaan tahunan yang direka untuk menyokong pengumpulan kekayaan dari semasa ke semasa. Di samping itu, sebahagian daripada premium yang dibayar diperuntukkan kepada PRULink Equity Index Fund yang menjejaki indeks ekuiti global dan menawarkan pendedahan kepada portfolio global yang terpelbagai. Pelanggan juga boleh menikmati pendaftaran mudah melalui Tawaran Penerimaan Terjamin (GIO) yang had premium tahunannya sebanyak RM1 juta.
Chee Foong Wai, Ketua Pegawai Pelanggan, Pemasaran & Produk, Prudential Assurance Malaysia Berhad berkata, “Pelanggan hari ini mencari penyelesaian yang dapat menolong mereka menguruskan ketakpastian sambil terus fokus kepada mencapai matlamat kewangan mereka. PRUPrime Gain direka untuk mereka yang ingin mengumpul kekayaan dengan ketenangan fikiran di samping memanfaatkan peluang pertumbuhan melalui pelaburan yang berterusan. Ia mencerminkan bagaimana keputusan kewangan dibuat pada masa kini dengan lebih penekanan kepada menyeimbangi kepastian dan pertumbuhan.”
Elaine Fan, Ketua Perkhidmatan Kewangan Peribadi dari UOB Malaysia, berkata “Di UOB, kami melihat semakin ramai pelanggan beralih kepada perancangan kewangan yang lebih teliti dan seimbang di mana pengekalan dan pertumbuhan kekayaan sama-sama penting. PRUPrime Gain mencerminkan perubahan dalam pemikiran ini dengan menawarkan penyelesaian yang menggabungkan kestabilan dengan peluang untuk meningkatkan pulangan dari semasa ke semasa. Melalui kerjasama dengan Prudential, kami terus komited untuk menyediakan pelanggan penyelesaian kewangan yang mudah diakses dan distrukturkan dengan baik yang menyokong matlamat jangka panjang mereka dengan yakin.
Ketua Pegawai Perkongsian, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Eric Wong, berkata, “Kerjasama kami dengan UOB Malaysia telah berkembang seiring dengan keperluan pelanggan sepanjang 15 tahun lepas. Sempena ulang tahun ke-15 kerjasama ini, kami terus komited untuk menawarkan penyelesaian yang memenuhi keperluan pelanggan kami. PRUPrime Gain menggabungkan kelebihan Prudential dalam perlindungan dan perancangan jangka panjang dengan hubungan perbankan UOB yang kukuh bagi memberikan pelanggan cara yang lebih seimbang dalam merancang masa depan mereka.
Prudential Assurance Malaysia Berhad dan UOB Malaysia terus komited dalam membantu pelanggan kami dengan penyelesaian dalam pengekalan kekayaan, pengumpulan kekayaan, perlindungan dan perancangan kewangan pada peringkat hidup yang berbeza.
Untuk maklumat lanjut tentang PRUPrime Gain, sila layari: (UOB.my/ppg).
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”) sehingga had perlindungan. PERLINDUNGAN PIDM UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT SIJIL/POLISI INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (“TIPS”) PIDM atau hubungi Prudential Assurance Malaysia Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
