PRULive Well: Teman Sepanjang Hayat yang Memberikan Jaminan Selamanya

14 Oct 2024 • 10:57 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: PRULive Well: Teman Sepanjang Hayat yang Memberikan  Jaminan Selamanya

Hidup dengan penuh bermaruah bersama PRULive Well, dengan pendapatan bulanan terjamin sekiranya anda hilang upaya untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian. Ini akan membantu meringankan beban orang kesayangan.


Kuala Lumpur, 14 Oktober 2024 – Dengan semakin ramai rakyat Malaysia yang meningkat usia, semakin ramai juga akan berhadapan dengan cabaran termasuk hilang upaya dan keperluan untuk penjagaan berbantuan. Demi memberi jaminan dalam menempuh usia emas mereka, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah memperkenalkan PRULive Well. Penyelesaian legasi unik ini menawarkan pendapatan bulanan terjamin apabila hilang upaya menjejaskan aktiviti-aktiviti harian, demi meringankan beban mereka dan orang kesayangan.

Menjelang tahun 2043, 14 peratus orang di Malaysia akan berumur 65 tahun dan ke atas¹. Orang dewasa yang berusia lebih berkemungkinan mengalami hilang upaya disebabkan faktor-faktor seperti keadaan kesihatan yang kronik, obesiti dan kurang aktiviti fizikal². Apabila populasi semakin menua, bilangan orang yang mengalami hilang upaya dijangka meningkat dan ini menimbulkan keperluan untuk penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sokongan yang mudah diakses³.

Selain itu, penyakit strok meningkat dengan ketara dalam kalangan orang yang berumur di bawah 65 tahun dengan peningkatan terbesar disaksikan dalam kalangan lelaki dan wanita yang berumur di antara 35-39 tahun, iaitu melebihi 50 peratus. Peningkatan ini berhubung kait dengan peningkatan berterusan dalam faktor risiko seperti diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti seperti yang ditunjukkan oleh kaji selidik kesihatan negara sejak tahun 2006⁴.

Menurut Ankur Bassi, Ketua Pegawai Kewangan, PAMB “Walaupun kita hidup lebih lama, tidak semestinya bermakna kita menjalani hidup yang lebih sihat. Apabila seseorang menjadi hilang upaya atau tidak berupaya untuk melakukan tugas harian, mereka akan memerlukan penjagaan sepenuh masa yang boleh menyebabkan gangguan bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada keluarga mereka. Beban kewangan dan komitmen masa untuk menjaga orang kesayangan boleh menjadi sangat mencabar. Oleh sebab itulah kami melancarkan PRULive Well untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan dan orang kesayangan bahawa mereka akan mendapat sokongan kewangan sekiranya berlaku kejadian luar jangkaan.

“Dengan legasi penuh kebanggaan selama 100 tahun di Malaysia, kami komited untuk menyediakan penyelesaian insurans yang inovatif yang memenuhi keperluan pelanggan kami yang sentiasa berubah. Dengan PRULive Well, kami bermatlamat untuk menawarkan bukan sahaja jaminan kewangan, bahkan juga keyakinan bahawa pelanggan kami dan keluarga mereka dilindungi dan disokong sepanjang hidup mereka,” kata Eric Wong, Ketua Pegawai Pemasaran dan Perkongsian Pengedaran, PAMB.

PRULive Well adalah penyelesaian insurans legasi tanpa penyertaan yang unik. Ia menawarkan pendapatan yang terjamin apabila seseorang itu tidak berupaya melakukan Aktiviti Kehidupan Seharian (ADL). Ini merangkumi tugas-tugas asas arian seperti makan, mandi, berpakaian dan bergerak. Jika seseorang mengalami kesukaran dalam melaksanakan mana-mana ADL, mereka memerlukan bantuan untuk kekal sihat dan berdikari.

Dengan PRULive Well, individu boleh menerima bantuan pendapatan sehingga 20 tahun untuk membantu mereka mendapatkan pilihan penjagaan berbantuan. Manfaat pendapatan ini – dikenali sebagai Manfaat Pendapatan Bulanan (MIB) – diberikan apabila mereka tidak berupaya melakukan sekurang-kurangnya 2 ADL. Individu akan menerima 50 peratus daripada MIB jika mereka tidak berupaya melakukan 2 ADL dan 100 peratus daripada MIB jika mereka tidak berupaya melakukan sekurang-kurangnya 3 ADL.

Pelanggan juga boleh menikmati ketenangan fikiran sepanjang hayat, dengan mengetahui bahawa mereka boleh memilih perlindungan dari umur 80, 90 sehingga umur 100 tahun. Sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia, orang kesayangan akan menerima bayaran sekaligus sehingga 250 kali MIB, memberikan jaminan kewangan dan sokongan untuk mereka.

PRULive Well juga memastikan premium masa depan akan dijaga sekiranya pelanggan menjadi hilang upaya atau tidak berupaya untuk bekerja, demi menjamin perlindungan mereka berterusan tanpa gangguan. Jika pelanggan hidup sehingga akhir tempoh perlindungan, mereka akan menerima bayaran balik sekali gus untuk jumlah premium yang telah dibayar.

Untuk maklumat lanjut tentang PRULive Well, sila lihat: https://www.prudential.com.my/en/products-life-insurance/prulive-well/


¹ https://www.nst.com.my/business/corporate/2024/06/1059195/malaysia-be-aged-nation-2043-14pct-being-over-65-epf