PS5 edisi terhad Marvel’s Spider-Man 2 boleh ditempah mulai 28 Julai 2023

Gaming
21 Jul 2023 • 1:19 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pembangun permainan Marvel's Spider-Man 2, Insomniac Games, mengumumkan kehadiran PlayStation 5 (PS5) edisi terhad yang bertemakan permainan itu yang bakal tiba tak lama lagi. Ia tentu sekali menghangatkan lagi penantian peminat adiwira lelabah yang mereka nantikan.

image is not available

Inspirasi kemasan konsol PS5 edisi ini mengambil inspirasi daripada kisah symbiote selaku parasit yang mampu menjangkiti Spider-Man dan mempengaruhi tinkah lakunya. Anda boleh perkhatikan bahagian hitam yang kian menyeluputi warna merah yang menjadi warna tema suit Spider-Man sejak sekian lama. Ia turut melambangkan yang antagonis utama dalam Spider-Man 2 ada kaitan dengan parasit symbiote contohnya Venom yang menjadi konflik kepada protagonis permainan ini kelak.

image is not available

Buat pemilik sedia ada PS5, papan pelindung ini turut dijual secara berasing sekiranya mereka ingin menyerta demam Spider-Man ini.

image is not available

Tidak terhad kepada papan pelindung di skrin, pad kawalan DualSense turut menerima kemasan hitam/merah yang sama untuk menjadi pelengkap kepada konsol permainan di ruang tamu anda.

image is not available

Pengguna di Malaysia boleh mula menempah produk-produk ini pada 28 Julai 2023 di pengedar-pengedar terpilih seluruh negara. Set konsol PS5 ini akan mula dijual 15 September 2023 dan ia didatangkan sekali dengan kod penembusan permainan itu yang boleh ditebus pada 20 Oktober 2023, hari pelancaran Marvel's Spider-Man 2.

Antara item-item dalam permainan yang akan diterima adalah seperti Shadow Spider Suit untuk Miles dan beberapa manfaat tempahan awal lain.

image is not available

Harga untuk versi editi terhad ini masih belum diumumkan. Namun ia pastinya lebih mahal berbanding versi baisa. PS5 dalam pasaran Malaysia dijual pada harga seperti berikut:

  • PS5 Digital Edition – RM2,069
  • PS5 Physical Edition – RM2,499

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sumber: Sony