PS5 harga runtuh promo 11.11, diskaun sehingga 57%

GamingSales & Promo
28 Oct 2024 • 5:17 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kalau anda tengah mencari produk PlayStation, ada berita baik buat anda. Dalam promosi 11.11 Festival yang akan diadakan, PlayStation akan menawarkan diskaun untuk pelbagai produk mereka termasuk PlayStation 5, controller, permainan dan set kepala VR mereka.

Promosi ini akan berjalan mulai 1 November hingga 14 November 2024, dan menyaksikan diskaun sehingga 57% untuk tajuk permainan PS5 dan diskaun sehingga RM1,140 untuk set kepala PSVR2.

PlayStation 5 boleh didapati serendah RM1,709

Dalam promosi ini, PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition diberikan diskaun sehingga RM360, menjadikannya boleh didapatkan pada harga serendah RM1,709. Berikut adalah perinciannya:

  • PlayStation 5: RM2,499 RM2,149
  • PlayStation 5 Digital Edition: RM2,069 RM1,709

Lebih banyak penjimatan disediakan untuk PSVR 2 dengan ia kini boleh didapati pada harga bawah RM2,000, iaitu potongan sehingga RM1,140.

  • PlayStation VR2: RM2,799 RM1,859
  • PlayStation VR2 Horizon Call of the Mountain bundle: RM2,999 RM1,859

DualSense Wireless Controller diberi diskaun RM60

Bukan itu sahaja, alat kawalan DualSense Wireless Controller kini RM60 lebih murah boleh dibeli pada harga RM309 (harga asal RM369) atau RM339 (harga asal RM399) berdasarkan warna tertentu. Berikut adalah pilihan warna untuk harga RM309:

  • Putih
  • Hitam
  • Merah
  • Pink
  • Ungu
  • Biru
  • Kelabu camouflage

Sementara itu, ini adalah pilihan warna yang ditawarkan untuk harga RM339:

  • Merah volcanic
  • Perak sterling
  • Biru cobalt
  • Chroma Pearl (diskaun bermula 7 November hingga 14 November 2024)
  • Chroma Indigo (diskaun bermula 7 November hingga 14 November 2024)

Pulse Explore RM130 lebih murah

Dua roduk audio PlayStation dalam siri Pulse turut ditawarkan diskaun sehingga RM130 membolehkannya boleh dibeli pada harga berikut:

  • Fon kepala Pulse Elite wireless – RM699 RM609
  • Fon putik Pulse Explore – RM699 RM869

Diskaun RM170 untuk tajuk permainan PS5

Seperti yang dikatakan awal tadi, diskaun sehingga 57% ataupun RM170 diberikan untuk tajuk permainan PS5 tertentu membolehkan anda mendapatkannya pada harga serendah RM129.

  • Gran Turismo 7: RM299 RM129
  • God of War Ragnarök: RM299 RM129
  • Ghost of Tsushima Director's Cut: RM299 RM129
  • Stellar Blade: RM299 RM209
  • Marvel's Spider-Man 2: RM299 RM169
  • Rise of the Ronin: RM299 RM169
  • The Last of Us Part II Remastered: RM209 RM169
  • Astro Bot: RM249 RM209
  • Helldivers 2: RM169 RM129

Di mana anda boleh nikmati promosi 11.11 Festival ini?

Anda boleh dapatkan semua barangan PlayStation pada harga istimewa ini bermula 1 November hingga 14 November 2024 di stor fizikal Sony atau stor dalam talian Sony, atau semua pengedar sah Sony di seluruh Malaysia termasuk All IT, Impulse Gaming, M4G, TinyRobot, Urban Republic dan TMT.