PS5 model baharu harga sama dengan yang lama, bermula RM2,069

Digital
18 Oct 2023 • 6:37 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sony telah mengumumkan harga model baharu PlayStation 5 yang diumumkan baru-baru ini. Berikut adalah harganya:

  • PS5 dengan pemacu Blu-ray MYR 2,499
  • PS5 Digital Edition MYR 2,069
  • Pemacu Blu-ray – RM529
  • Kaki penyangga menegak – RM149

image is not available

Harga itu masih sama seperti harga jualan sedia ada. Sebenarnya harga sudahpun diselaraskan sejak Ogos 2022. Harga pelancaran adalah bermula RM1,869. Harga sudah ada namun bilakah ia akan mula dijual di Malaysi amasih belum ada.

Model baharu ini akan mula dijual dalam bulan November 2023 nanti untuk pasaran Amerika Syarikat dan dalam pasaran lain kemudiannya. Mereka menyatakan perlu menghabiskan stok model lama sebelum memasukkan model yang baharu ini.

Perubahan paling ketara yang baharu dengan yang lama adalah pada dimensinya. PS5 baharu kini 30% lebih nipis agar tidak memakan ruang yang banyak di ruang tamu anda. Jisimnya juga berjaya dikurangkan sebanyak 18% supaya lebih mudah dikenalikan.

image is not available

Lebih menarik, PS5 versi Digital kini mempunyai pilihan untuk memasang pemacu cakera Blu-ray secara berasingan. Makanya, tak perlu pening nak pilih versi fizikal ataupun versi digital. Aksesori ini berharga USD80 (~RM378). Lagi yang dijual berasingan sekarang adalah kaki penyangga yang berharga UDS30 (~RM142).

image is not available

Port I/O juga telah dikemas kini. Anda beroleh 2 port USB-C di bahagian depan manakala di bahagian belakang anda beroleh 2 port USB-A. Lagi perubahan yang dibawakan adalah storan dalamannya kini betul-betul 1TB berbanding dulu 825GB.

Spesfikasi asas lain dilihat tidak berubah. Atas papan utama, ia masih dikuasakan pemproses berasaskan AMD Ryzen yang terdiri daripada 8 teras dan 16 bebenang pemproses bekerja pada kelajuan sehingga 2.5Ghz.

image is not available

PS5 baharu ini akan mula dijual sekitar November 2023 nanti dan akan menjadi satu-satunya model PS5 yang dijual selepas model "gemuk" dan digital sepenuhnya habis dijual. Harganya di US adalah USD450 (RM~2,128) (versi digital) dan USD500 (~RM2,365) (versi fizikal).

Sumber: Sony