PSG sedia lepaskan Messi secara percuma

Football
24 Apr 2023 • 11:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Messi menyertai PSG selepas berhijrah dari Barcelona.

MASA depan Lionel Messi terus mencetuskan tanda tanya ketika kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) bakal tamat penghujung musim ini.

Kedua-dua pihak belum mencapai sebarang persetujuan mengenai perjanjian baharu, malah timbul spekulasi mengaitkan pemain berusia 35 tahun itu akan kembali ke Barcelona.

Malah, Messi yang membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar juga telah dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke kelab Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan Sunday Mirror baru-baru ini, PSG dilaporkan bersedia untuk membenarkan Messi meninggalkan bumi Paris secara percuma.

Rundingan kontrak antara Messi dan PSG telah tertangguh sejak beberapa bulan lalu sebaik Argentina menjulang Piala Dunia 2022 walaupun dilaporkan kedua-dua pihak menghampiri kata putus yang positif.

Namun, laporan itu turut mengaitkan PSG tidak tergesa-gesa untuk melanjutkan perjanjian Messi memandangkan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mahu mengukuhkan kewangan kelab gergasi Perancis itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved