PSI-Pulau B dibatalkan, Silicon Island dikecilkan 49 peratus

11 May 2023 • 11:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PSI akan diperkecilkan skopnya seperti yang diarahkan Anwar.

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pembatalan bagi Pulau B dalam Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI) seperti mana diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Mei lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selain Pulau B, keluasan Pulau A yang dinamakan sebagai 'Silicon Island' turut dikecilkan iaitu daripada 1,821 hektar kepada 930.8 hektar.

Menurutnya, pengurangan keluasan itu melibatkan 49 peratus daripada keseluruhan tiga pulau kepada satu buah pulau sahaja.

Kon Yeow berkata, Pulau C yang berkeluasan 323.7 hektar juga akan dibatalkan.

Kata beliau lagi, 'Silicon Island' akan kekal sebagai tapak depoh bagi Transit Aliran Ringan (LRT) dengan keluasan 24.3 hektar.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved