
Kota Kinabalu: Seorang warga Indonesia berusia 37 tahun yang tinggal di negeri ini selepas pas lawatan kerja sementaranya tamat tempoh selama lima tahun 24 hari, dihukum penjara 12 bulan.
Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu kepada Rianus Saru, yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.
AdvertisementRianus didapati tinggal lebih masa di negeri ini selepas dokumennya tamat tempoh pada 26 Dis 2019.
Dia ditahan jam 4.25 petang pada 21 Jan tahun ini di hadapan bangunan Alliance Bank di Kundasang, Ranau.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Rianus menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas selesai hukuman.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pegawai Pendakwa Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah tampil untuk pendakwaan.
Di mahkamah sama, empat pendatang tanpa izin dipenjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara haram.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mereka ialah Abdul Lajmin, 30, Sinaida Muhamad, 48, Sata Hassim, 54, dan Siti Hadiya, 31.
Kesemua mereka mengaku terhadap pertuduhan dihadapi, masing-masing.
Pendatang tanpa izin itu ditahan di kawasan bandaraya, baru-baru ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada pihak berkuasa.
Selepas menjalani hukuman penjara, pendatang tanpa izin itu diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen.

