
Kota Kinabalu: Seorang lelaki Filipina tanpa dokumen berusia 29 tahun pada Selasa dijatuhi hukuman penjara berjumlah 16 bulan atas dua pertuduhan memiliki motosikal curi.
Amir Kadir mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan yang dilakukan pada 20 Jan tahun ini, kira-kira jam 6.30 petang, di kawasan setinggan berhampiran Taman Kingfisher, dekat sini.
AdvertisementBagi pertuduhan pertama, Amir dihukum penjara lapan bulan kerana memiliki motosikal VF31 185 LE curi kepunyaan Md Shafie Jamain.
Amir, atas pertuduhan kedua, turut dipenjara lapan bulan kerana memiliki motosikal Yamaha 135LC (FI) curi milik Willjy Markus.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun serta denda jika disabitkan kesalahan.
Fakta kes dikemukakan pihak pendakwaan menyatakan bahawa motosikal milik Shafie yang diletakkan di Kg Likas telah dicuri pada 15 Jan tahun ini.
AdvertisementAmir ditahan polis pada 20 Jan selepas dia dilihat bertindak mencurigakan ketika menunggang motosikal.
Pemeriksaan melalui IPRS MYSIKAP RTA mendapati motosikal terbabit adalah kepunyaan Shafie.
AdvertisementAmir kemudian membawa polis ke arah penemuan motosikal Yamaha 135LC yang turut dilaporkan dicuri.
Tanpa diwakili, Amir merayu hukuman ringan.
Inspektor Yusdi Basri yang mengendalikan pendakwaan memohon agar hukuman dijalankan secara berturut-turut kerana barang kes dan tarikh kesalahan adalah berbeza.
Mahkamah memerintahkan Amir menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap dan seterusnya dirujuk kepada Jabatan Imigresen.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara enam minggu dan denda RM1,000 atau empat minggu penjara kerana mencuri dua tahun lalu.
Fryjilon Bungin mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas kesalahan mencuri wang tunai RM570 milik Nancy Peter pada 12 Ogos 2023, antara jam 3 petang hingga 10.11 malam, di Star Café, Lido Avenue.
Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda jika disabitkan kesalahan.
Tidak diwakil, Fryjilon merayu hukuman ringan dengan alasan dia seorang duda dengan dua anak dan baru sahaja mula bekerja sebagai tukang cuci.
Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon hukuman setimpal.
Sementara itu, seorang pemandu didakwa kerana menyerang individu lain tahun lalu.
Mahady Sham mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Sanjack Gan pada 15 Mei 2024, kira-kira jam 11.46 pagi, di bahagian pemunggahan unit perkhidmatan Hospital Queen Elizabeth 2.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000.
Tidak diwakili Mahady merayu jumlah jaminan lebih rendah kerana dia perlu menyara keluarga.
Mahkamah menetapkan 15 April untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan Mahady dibebaskan dengan jaminan RM1,500 bersama dua penjamin.


