PTPTN Jalin Kerjasama Dengan Royale Chulan Menerusi Program Beach Cleaning 

LocalEnvironment
21 Oct 2024 • 10:08 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

PTPTN Jalin Kerjasama Dengan Royale Chulan Menerusi Program Beach Cleaning

1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa prihatin dengan melaksanakan pelbagai inisiatif serta program berimpak tinggi untuk kesejahteraan masyarakat. Justeru itu, buat julung kalinya PTPTN dengan kerjasama Royale Chulan Hotels & Resorts Malaysia menganjurkan Program Beach Cleaning bertempat di Pantai Cherating, Pahang. Program ini merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN bertujuan menerapkan nilai kecintaan terhadap alam sekitar dan memupuk kesedaran peserta dan komuniti terhadap pentingnya menjaga alam sekitar.

2. Program disempurnakan oleh oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN. Turut hadir, YB Puan Hajah Hasrunizah Hassan, ADUN Pulai Sebatang, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, YBrs. Encik Abdul Rahman Ahmad, Pengurus Besar Royale Chulan Hotels and Resorts Malaysia, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN dan Puan Sapiza binti Ajuhari, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Pahang.

3. Program ini melibatkan 150 orang peserta terdiri daripada para pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) dan Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA), wakil daripada Majlis Bandaraya Kuantan, para pegawai Pejabat PTPTN Negeri Pahang dan Ibu Pejabat serta rakan-rakan media.

image is not available
YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (lima dari kiri) bersama para peserta sedang melakukan aktiviti pembersihan kawasan Pantai Cherating, Pahang.

4. Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, “Program pada hari ini menterjemah keprihatinan PTPTN dan Royale Chulan dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk menjaga alam sekitar sekali gus menjadi bukti sokongan PTPTN dalam menyahut seruan kerajaan bagi mengekalkan alam semulajadi. Inilah sebahagian CSR PTPTN dalam memastikan kesejahteraan masyarakat selain menunaikan amanahnya dalam menyediakan pinjaman pendidikan, pengurusan bayaran balik pinjaman serta pembudayaan penabungan.”

5. “Program ini bukan sahaja bertujuan membersihkan kawasan pantai tetapi juga untuk menanamkan kesedaran tentang tanggungjawab kita terhadap alam sekitar. Dengan pendekatan berasaskan Environmental, Social and Governance (ESG), kami yakin bahawa inisiatif ini akan memberi impak positif kepada masyarakat dan juga alam sekitar. Seterusnya mengaplikasikan nilai murni tersebut dalam kehidupan seharian,” tambah beliau lagi.

image is not available
Peserta Program Beach Cleaning bergambar bersama YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN.

6. Program sebegini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan strategik PTPTN dengan agensi-agensi terlibat sekali gus meningkatkan imej positif PTPTN dalam kalangan masyarakat. PTPTN terus komited dalam meningkatkan pelaksanaan program-program CSR untuk pembangunan masyarakat selari dengan moto PTPTN, Peluang Kejayaan Anda dan tagline CSR, PTPTN Prihatin: Kami Kongsi, Kami Bantu.