PTPTN terus prihatin, salur RM62,500 Bantuan Lestari Siswa Madani kepada 125 pelajar UTM

LocalBusiness & Finance
27 Jun 2026 • 3:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seramai 125 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada golongan kurang berkemampuan menerima Bantuan Lestari Siswa Madani melibatkan peruntukan keseluruhan RM62,500 bagi meringankan beban kewangan sepanjang tempoh pengajian.

Majlis penyampaian bantuan itu disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Seri Norliza Abdul Rahim di Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana, UTM Johor, semalam.

Melalui inisiatif berkenaan, setiap pelajar menerima bantuan sekali beri (one-off) sebanyak RM500 yang akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing bermula 1 Julai depan.

Datuk Seri Norliza berkata, PTPTN kekal komited melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi bagi memastikan kebajikan pelajar sentiasa terbela, khususnya dalam kalangan peminjam serta golongan yang memerlukan.

Dalam usaha meningkatkan akses pendidikan tinggi kepada masyarakat tanpa mengira kaum, latar belakang mahupun status sosioekonomi, PTPTN telah melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi.
“Antaranya seperti program endowment yang membolehkan dana diterima daripada pelbagai pihak untuk disalurkan kepada pelajar yang memerlukan bantuan,” katanya.
Image from: PTPTN terus prihatin, salur RM62,500 Bantuan Lestari Siswa Madani kepada 125 pelajar UTM

Penerima Bantuan Lestari Siswa Madani bergambar bersama YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (tengah, belakang) dan YBrs. Profesor Ts. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Naib Canselor UTM (lima dari kiri).

Beliau berkata, bantuan itu diharap menjadi pemangkin semangat kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik.

“Kejayaan yang diraih kelak bukan sahaja membuka peluang kepada pekerjaan yang lebih baik, malah berupaya meningkatkan taraf hidup serta membantu mengubah nasib keluarga ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan selesa,” katanya lagi.

Artikel lain: Adam Adli serah Biasiswa Anak eKasih PTPTN! 10,000 pelajar keluarga miskin dibantu

Menurutnya lagi, pelaksanaan Bantuan Lestari Siswa Madani mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan PTPTN bersama Kerajaan Madani dalam memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih inklusif kepada golongan memerlukan.

Image from: PTPTN terus prihatin, salur RM62,500 Bantuan Lestari Siswa Madani kepada 125 pelajar UTM

YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (empat dari kanan) menyerahkan replika kad sumbangan Bantuan Lestari Siswa Madani kepada pelajar yang layak.

Terdahulu, PTPTN memaklumkan bahawa sepanjang 29 tahun penubuhannya, agensi itu menjadi pemangkin kepada kejayaan jutaan pelajar di seluruh negara, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan dan kemajuan negara.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved