“PU Azman Minta Anak Saya Lumur Minyak Pada Kemaluannya” – Ibu Mangsa

25 Jul 2023 • 10:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ibu kepada salah seorang mangsa melibatkan kes amang seksual Pencetus Ummah (PU) Azman telah membuat pendedahan yang mengejutkan orang ramai.

Menerusi laporan Kosmo, saksi ketiga yang berusia 45 tahun itu mendakwa PU Azman pernah meminta anak lelakinya untuk melumur minyak pada alat sulit anaknya.

Bukan itu sahaja, ibu kepada remaja berusia 18 tahun itu berkata PU Azman turut berhasrat untuk menjadikan anaknya sebagai anak angkat.

image is not available

Anak saya kata nak pergi rumah PU Azman saja-saja. Dalam perbualan WhatsApp dia nak jadikan anak saya sebagai anak angkat.

Difahamkan, perbuatan tertuduh diketahui selepas didedahkan dalam satu pertemuan yang diaturkan oleh guru sekolah anaknya.

Mulanya saya tidak percaya sebab PU Azman seorang selebriti, tetapi anak saya meyakinkan untuk pergi ke rumahnya.

image is not available

Dalam pada itu, suri rumah berkenaan memaklumkan anak keduanya itu menceritakan sendiri kejadian tersebut kepadanya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 5 Februari 2022 di rumah PU Azman di Seremban.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 17 hours ago

"Anak Saya Bagitahu PU Azman Meraba-Raba & Menghisap Kemaluannya" - Saksi Keempat