PU Rahmat sempat titip pesanan sebelum ditahan – “Kalau tak jumpa, kita bertemu di syurga”

3 Oct 2025 • 10:54 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf mendedahkan beberapa amanat akhir seorang rakannya yang juga merupakan salah seorang aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu PU Rahmat Ikhsan.

Titip pesanan sebelum ditahan

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok Bernama Radio, Imam Muda Asyraf memberitahu, PU Rahmat memohon agar rakan-rakannya dapat menenangkan ibunya dan memberitahu tentang perkara-perkara positif sepanjang misi kemanusiaan itu berjalan.

@bernamaradioofficial

Tolong tenangkan ibu dan berikan khabar gembira bukan khabar ketakutan. Itu pesanan terakhir Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat kepada Imam Muda Asyraf. PU Rahmat telah disahkan ditahan oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). #digitalbernamaradio #globalsumudflotilla #globalsumudflotillamalaysia #g4z4 #breakthesiege

♬ original sound - Bernama Radio - Bernama Radio

“Dia meminta rakan-rakan untuk tenangkan ibunya dan beri khabar gembira dan bukan khabar ketakutan.

“Ceritalah ini adalah sebuah kemenangan dan tidak akan berlaku apa-apa keganasan.

“Alhamdulillah, setakat ini pun kita tidak nampak unsur keganasan yang berlaku,” kata Imam Muda Asyraf, semalam.

Dalam perkongsian sama, beliau juga turut memberitahu beberapa pesanan PU Rahmat yang begitu meruntun hati sebelum ditahan oleh pihak Israel pada Khamis.

image is not available

“Pada pukul 4.30 pagi, dia minta maaf, sampaikan salam, minta jagakan mak, jaga diri dan dia mohon doa, kalau tak jumpa di dunia, jumpa di syurga,” jelasnya.

Difahamkan, Imam Muda Asyraf antara individu yang hadir dan berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) seawal jam 12 tengah hari sebagai tanda bantahan terhadap tindakan rejim Zionis yang menyekat misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Untuk makluman, PU Rahmat antara 23 aktivis Malaysia ditahan oleh tentera rejim zionis ketika terlibat dalam misi kemanusiaan menuju ke Gaza untuk menghantar barang-barang bantuan.

Kementerian Luar Negeri mengesahkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat, sihat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Sumber: TikTok Bernama Radio