PU Riz Dilantik Sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR

LocalPolitics
2 Mar 2026 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pendakwah Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh menerusi kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan pada Ahad.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut Fuziah, pelantikan suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu merupakan antara keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat tersebut.

Dalam perkembangan sama, Fuziah turut memaklumkan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Ahmad Sani Araby adalah antara 14,225 anggota baharu yang menyertai PKR.

Selain PU Riz dan Ahmad Sani Araby, Pengurus Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Hidayat Abdullah juga dilaporkan menyertai parti berkenaan.

Sementara itu, MPP turut memutuskan pelantikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man sebagai ahli ex officio MPP.

Fuziah berkata, semua pelantikan dan penyertaan baharu itu diharapkan dapat memperkukuh gerak kerja parti dalam mendepani cabaran semasa serta memperluas sokongan masyarakat terhadap perjuangan PKR.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-27 14:40:05

Khairul Aming Menangis Terkenangkan Waktu Awal Kemunculan - "Terima Kasih Korang Untuk Semuanya.."

The post PU Riz Dilantik Sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.