PU Syed Tegur Yazmin Aziz, Jangan Bangga Ada Pakwe Bukan Islam

21 Sep 2022 • 4:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Gadis kacukan Malaysia – Filipina, Yazmin Aziz baru-baru ini terpalit kontroversi apabila tampil berani memuat naik foto berbikini di Instagram.

Dia juga dilihat berpelukan dengan kekasihnya pemain bola TRW Kelantan FC iaitu Nixon Guylherme sehingga mengundang kecaman ramai.

Baru-baru ini, Yazmin tampil menjelaskan status agama yang dianuti kekasihnya itu. Menurut penyanyi baru ini, kekasihnya itu beragama Katolik dan bukannya Kristian.

Dalam masa yang sama peserta Big Stage 2022 ini tidak faham mengapa perbezaan agama mereka menjadi perhatian netizen.

Terbaru, PU Syed tampil menegur Yazmin supaya tidak berbangga mempunyai kekasih bukan Islam dan menayangkan kehidupan bebas di media sosial.

Kata PU Syed, perbuatan berpelukan di khalayak ramai tidak patut dipertontonkan tambahan pula zaman kini kita berada di zaman fitnah.

Pendakwah ini turut menasihati Yazmin supaya sentiasa berpegang teguh pada landasan agama.

Beliau menyarankan penyanyi ini bertaubat dan mengajak kekasihnya itu supaya memeluk Islam dan segera bernikah.

Kredit: Instagram PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.