Puad Sedia Debat Dengan Rafizi Untuk Dapat Penjelasan Lanjut ‘Formula’

Politics
20 Feb 2024 • 10:01 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam podcast ‘Yang Bakar Menteri (YBM)’.

Puad sedia debat dengan Rafizi

image is not available

Foto: Malay Mail

Mohd Puad berkata, ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung ‘formula’ untuk pulihkan ekonomi negara sekali gus memastikan Kerajaan Perpaduan efisien dan padu.

“Saya pernah berdebat dengan Rafizi dalam program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) pro Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dibuat di Auditorium Bangunan Sultan Sallehudin Shah Alam pada 2016, ia bukan perkara baharu.

“Ketika itu semua panelis pro Pakatan Harapan (PH) termasuk Rafizi, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (sekarang Menteri Kesihatan), Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar (pro PKR) dan moderator ialah Dr Maszlee Malik (belum menteri).

“Saya datang bukan sebagai ayam tambatan Perikatan Nasional (PN), saya juga pengkritik tegar parti tersebut bahkan pada saya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri gagal,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Menerusi hantaran sama, beliau turut mendoakan kesembuhan Rafizi yang baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan dijangka akan kembali bertugas pada Mac depan.

image is not available

Foto: Bernama

“Saya mendoakan agar YB cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Amin. . Berehatlah dulu YB,” katanya lagi.

Selain Mohd Puad, difahamkan Rafizi telah menjemput bekas Ahli MKT UMNO, Isham Jalil dan penganalisis politik Lim Sian See bagi menjayakan debat dalam podcast berkenaan.

Namun disebabkan perlu menjalani rawatan di hospital bagi tempoh dua minggu lagi, YBM ditangguhkan buat sementara waktu dan akan kembali bersiaran pada bulan depan.

Sumber: Facebook DrPuad Zarkashi, Twitter Rafizi Ramli