Puad Zarkashi muncul di program PH, disambut pelukan Anwar

LocalPolitics
4 Jul 2026 • 11:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Puad Zarkashi muncul di program PH, disambut pelukan Anwar
Mohd Puad disambut Anwar dengan pelukan ketika menghadiri program Dialog Terbuka Belia di Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencuri perhatian apabila hadir program Dialog Terbuka Belia yang dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Ulu Tebrau, malam Sabtu.

Ketibaan Mohd Puad pada program itu disambut mesra oleh Perdana Menteri yang bersalaman sebelum kedua-duanya berpelukan sebaik Anwar tiba kira-kira jam 9.40 malam.

Mohd Puad berkata, kehadirannya adalah bagi memenuhi jemputan seorang rakan selain menyatakan sokongan kepada calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.

Terdahulu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu mengumumkan sokongan kepada calon PH, Mohamad Yazid Bakri yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit menerusi poster yang di muat naik di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Mohd Puad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta pada 25 Jun lalu.

Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki kemudian mendakwa Mohd Puad pernah mengugut untuk keluar parti dan mengkritiknya secara terbuka jika anaknya tidak dicalonkan bagi kerusi Rengit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved