“Puak Terpaling Nature Lover” – Pelajar UPM Bengang Makin Ramai Ceroboh & Mandi Manda Di ‘Blue Lagoon’

8 Feb 2024 • 4:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sesetengah orang memang tiada sivik dan tidak peduli untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan sama seperti mereka ini semua yang menceroboh kawasan tidak sepatutnya.

 

Bukan boleh sesuka hati mandi manda

Tular rakaman di media sosial mempamerkan orang awam sedang beriadah dan bermandi mandi di sebuah kawasan yang nampak seperti sungai biasa yang boleh dikunjungi.

Namun, sudah tentulah ada sebab mengapa video tersebut tular dan ia kerana sungai tersebut sebenarnya tidak boleh dimasuki orang awam atas tujuan mandi manda.

Kawasan tersebut terletak di Hutan Simpan Ayer Hitam atau lebih popular dengan nama Blue Lagoon dan dimiliki oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

 

Makin ramai pergi

Ia digunakan sebagai tempat penyelidikan dan bukan dikategorikan sebagai hutan rekreasi yang boleh dikunjungi oleh orang awam untuk beriadah.

Disebabkan ramai berpusu-pusu untuk merasai pengalaman mandi di air sungai jernih berwarna biru itu, ia menimbulkan rasa kurang senang masyarakat terutamanya pelajar universiti terbabit.

image is not available image is not available

Nampaknya ini bukanlah kali pertama isu sebegini berlaku sehinggakan orang ramai tertanya-tanya jika pihak berwajib terutamanya UPM cakna tentangnya.

Begitu juga orang awam, meskipun sudah diletakkan tanda no entry mereka tidak mempedulikan hal tersebut malah sebenarnya sesiapa yang menceroboh boleh dikenakan denda RM10,000.

image is not available 1 week ago

(VIDEO) "Tak Ngam Makanan Sini, Baru Berapa Hari Saya Dah Kurus" - Pelancong China Kritik Makanan Malaysia, Raih Perhatian Ramai

View Original Article