"Puas Hati, Biadap Sangat!" - Pagar Kafe 'Viral' Akhirnya Dibuka Semula

31 Jan 2023 • 4:57 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Viral baru-baru ini apabila satu kafe membina pagar di luar untuk menghalang motosikal dari parking di kawasan kafe tersebut. Pembinaan pagar yang menyusahkan pejalan kaki ini telah menimbul pelbagai persoalan dan respon netizen yang mempertikai tindakan yang dibuat.

Respon dari pemilik kedai juga tidak kurang hebatnya apabila berani mempertahankan tindakannya di media sosial.

image is not available

Tak cukup dengan itu, respon dari tuan kedai juga bernada sombong dan juga biadap. Tak cukup dengan pertahankan pendirirannya, dia keluarkan kenyataan yang tidak sensitif terhadap golongan OKU.image is not available

Terkini, isu ini telah mendapat perhatian Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di mana pihak MBPG tampil membuka semula pagar di kawasan kaki lima premis perniagaan tersebut.

Difahamkan langkah pembukaan pagar ini dibuat berikutan ketiadaan permit atau kebenaran daripada pihak MPBG selepas mengeluarkan dua kali notis lawatan sebelum tindakan penguatkuasaan tersebut diambil kepada pemilik premis yang terlibat.

Hasil pemantauan dan pemeriksaan susulan yang diadakan mendapati bahawa pemilik premis tersebut masih gagal mematuhi notis lawatan yang telah dikeluarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved