Bulan Syaaban 2026 akan bermula pada 20 Januari 2026. Manakala, Malam Nisfu Syaaban jatuh pada 2 Februari 2026 dan puasa Nisfu Syaaban boleh dilakukan pada 3 Februari 2026 (Selasa). Untuk mengetahui tarikh-tarikh penting dalam Islam 2026, sila rujuk takwim yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di pautan berikut: https://www.e-solat.gov.my/
Puasa di bulan Syaaban adalah salah satu amalan sunnah yang sangat digalakkan dalam Islam. Ia merupakan salah satu persediaan sebelum melangkah ke bulan Ramadan.
Bagi mengetahui lebih lagi tentang kelebihan berpuasa pada bulan Syaaban ini, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Pengenalan Bulan Syaaban
Bulan Syaaban adalah bulan ke-8 mengikut kalendar Hijriah. Bulan Sya’ban menandakan bahawa berbaki satu Bulan lagi umat Islam bakal menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Pada bulan Syaaban ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat, puasa, sedekah, dan berdoa. Hal ini demikian kerana, selain bulan Ramadan bulan ini juga merupakan antara bulan mulia dalam agama kita.
Perkara ini telah banyak diperkatakan dalam hadis-hadis nabi. Antaranya:
Kata al-Hafiz Ibn Rajab dalam Lata’if al-Ma’arif (hlm. 258):
“Oleh kerana Syaaban seperti mukadimah kepada Ramadan, maka disyariatkan padanya perkara yang disyariatkan pada bulan Ramadan seperti berpuasa dan membaca al-Quran, agar dapat bersiap sedia bagi menyambut Ramadan serta dapat membiasakan diri dengannya dalam usaha mentaati Allah SWT. Kami telah meriwayatkan dengan sanad daif daripada Anas RA, katanya:
‘Kaum Muslimin dahulu apabila masuknya Syaaban, mereka akan memberi tumpuan kepada mashaf al-Quran dan membacanya serta mengeluarkan zakat harta mereka bagi membantu orang lemah dan miskin untuk menghadapi puasa Ramadan.’ “

Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ
Maksudnya: “Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]
Kredit: JAKIM-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Hukum Puasa Syaaban
Untuk pengetahuan anda, hukum berpuasa di bulan Syaaban ini adalah sunat. Perkara ini sendiri telah dibincangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, dan beliau mendapati banyak hadis-hadis yang menyokong perbuatan puasa sunat Syaaban ini.
Antara hadis yang menekankan kepentingan berpuasa sunat ini, boleh dilihat di bawah:
Pertanyaan Usamah bin Zayd RA kepada Nabi SAW:
وَلَمْ أَرَكَ تَصُومُ مِنْ شَهْرٍ مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ: ذَاكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya :
Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. [Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317]

Syaaban adalah bulan persiapan menuju Ramadan. Kita dituntut untuk sentiasa memperbanyakkan amalan soleh serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
Oleh itu, sebagai umat Islam kita sangat digalakkkan mengikuti segala amalan baik yang dilakukan oleh Rasullah S.A.W sendiri, dan puasa sunat pada bulan ini merupakan salah satu amalan yang yang boleh kita ikuti.
Semoga setiap amal kita diterima oleh Allah SWT
Baca juga: Doa Bulan Syaaban: Senarai Doa & Pengertian Bulan Syaaban
Malam Nisfu Syaaban
Antara sebab lain yang menyebabkan bulan Syaaban ini begitu istimewa adalah terdapatnya satu malam di dalamnya yang mempunyai banyak kebaikan, dan malam itu disebut sebagai malam Nisfu Syaaban.
Kebaikan malam nisfu syaaban ini telah disebut oleh Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Pada malam ini, kita umat Islam sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan dan doa, agar segala dosa kita dapat dihapuskan oleh Allah S.W.T.
Tarikh Nisfu Syaaban
Bagi anda yang ingin melakukan puasa sunat Syaaban ini, anda boleh mula melakukannya bermula 20 Januari 2026. Hal ini demikian kerana pada tarikh tersebut telah bermulanya bulan Syaaban ini.
Bagi anda yang ingin berpuasa pada nisfu syaaban pula anda boleh berpuasa pada 3 Februari 2026 (Selasa). Kerana, pada malam 2 Februari 2026 (Isnin) , kita akan menyambut nisfu syaaban selepas maghrib.
Anda boleh lihat pada kalendar dibawah untuk maklumat yang lebih jelas lagi:

Niat Puasa Sunat Syaaban
Berikut merupakan niat puasa sunat Syaaban yang perlu anda baca pada malam sebelum anda melaksanakan puasa sunat ini:
نويت صوم شهر شعبان سنة لله تعالى
“Nawaitu sauma syahri sya’ban sunnatan lillahi Ta’ala.”
Maksudnya : Sahaja aku niat puasa sunat bulan Sya’ban kerana Allah Ta’ala.
Oleh itu, marilah kita sama-sama melakukan puasa Syaaban ini, bagi menambah amalan dan pahala kita. Semoga puasa kita dan segala amal kebaikan yang dilakukan pada bulan mulia ini, diredai dan diterima Allah S.W.T.

Kelebihan Puasa Bulan Syaaban
Puasa pada bulan Syaaban memiliki banyak kelebihan dan keutamaan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Berikut adalah beberapa kelebihan berpuasa pada bulan Syaaban:
- Mendapatkan Syafaat Rasulullah.
- Salah satu keutamaan puasa di bulan Syaaban adalah mendapatkan syafaat dari Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat. Hal ini demikian kerana puasa sunat ini merupakan satu perkara yang sering dilakukan Baginda S.A.W.
- Peluang Memperbaiki Diri
- Puasa di bulan Syaaban memberikan kesempatan bagi umat Islam untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ibadah sebelum memasuki bulan Ramadan. Ini adalah waktu yang baik untuk merenung dan memperbanyak amalan baik.
- Mendekatkan Diri kepada Allah
- Dengan berpuasa, seseorang dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Puasa adalah salah satu bentuk ibadah yang dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan seseorang individu.
- Peluang untuk Mengqadha Puasa
- Bagi mereka yang memiliki hutang puasa Ramadan sebelumnya, bulan Syaaban adalah waktu yang tepat untuk menggantinya. Ini memberikan kesempatan untuk menyelesaikan kewajiban sebelum Ramadan tiba sambil melakukan ibadah tambahan.
- Mendapatkan Pahala Berlipat Ganda
- Setiap amal baik yang dilakukan di bulan Syaaban, termasuk puasa, akan mendapatkan pahala yang berlipat ganda. Hal ini demikian kerana bulan ini merupakan bulan yang penuh berkah dan rahmat.
Dengan demikian, puasa di bulan Syaaban bukan hanya sekadar ibadah sunnah, tetapi juga merupakan kesempatan untuk kita menambaha pahala dan juga mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam 2026
Berdasarkan kalendar Islam (Takwim Hijri) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi hari kebesaran Islam di Malaysia untuk tahun 2026 (1447H – 1448H):

NOTA:
Tarikh bagi Awal Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, dan Hari Raya Aidiladha adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas aktiviti cerapan anak bulan (rukyah).
Cuti Umum:
- Awal Ramadan: Cuti umum bagi negeri Johor, Kedah, dan Melaka.
- Aidilfitri & Aidiladha: Merupakan cuti umum kebangsaan (seluruh Malaysia).
- Awal Muharram & Maulidur Rasul: Cuti umum kebangsaan.
- Nuzul Al-Quran: Cuti umum bagi kebanyakan negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, dan Sarawak.
Soalan Lazim
Bila Nisfu Syaaban 2026?Nisfu Syaaban 2026 adalah pada 3 Februari 2026 (Selasa).
Boleh ke gabung puasa qadha (ganti) dengan puasa sunat Syaaban?Boleh. Niatkan utama untuk puasa qadha, dan anda secara automatik akan mendapat pahala sunat Syaaban.
Apa hukum puasa selepas 15 Syaaban?Menurut Mazhab Syafi’i, hukumnya haram kecuali bagi mereka yang:
Mempunyai kebiasaan berpuasa (contoh: Isnin & Khamis).
Sedang melakukan puasa qadha, nazar, atau kaffarah.
Menyambung puasa yang dimulakan sebelum 16 Syaaban.
Nawaitu sauma Sya’bana lillahi ta’ala (Sahaja aku puasa sunat Syaaban kerana Allah Ta’ala).
Apa kelebihan malam Nisfu Syaaban?Ia adalah malam pengampunan dosa. Allah SWT melihat hamba-Nya dan mengampunkan semua kecuali orang yang syirik dan mereka yang bermusuhan (belum berdamai).
Adakah wajib berpuasa pada hari Nisfu Syaaban (15 Syaaban)?Tidak wajib. Ia adalah sunat muakkad (sangat digalakkan) kerana termasuk dalam Ayyamul Bidh (hari-hari putih/pertengahan bulan Islam).
Boleh ke kalau saya tak baca Yasin pada malam Nisfu Syaaban, tapi ganti dengan zikir lain?Boleh. Tiada paksaan untuk membaca Yasin. Anda boleh membaca surah lain, beristighfar, atau berselawat. Yang penting adalah menghidupkan malam tersebut dengan ibadah.
Bagaimana jika saya terlupa niat puasa sunat pada malam hari?Untuk puasa sunat, anda boleh niat pada waktu pagi (sebelum Zohor) asalkan anda belum makan atau minum apa-apa sejak Subuh.
