PUBG Versi Dragon Ball Super,  Gabungan Unik Dan Mengamit Memori

Gaming
15 Jul 2023 • 12:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
PUBG memperkenalkan kolaborasi bersama Dragon Ball Super - gambar PUBG.com

Permainan dalam talian PUBG Mobile baru-baru ini mengumumkan satu acara kolaborasi bersama sebuah kartun nostalgia kanak-kanak yang lahir antara era 80an hingga 90an iaitu Dragon Ball Super bersama dengan kemaskini versi 2.7.
 

PUBG Dragon Ball 1
Ini merupakan sebuah gabungan yang unik dan menggamit memori kebanyakanl pemain bermula 13 Julai sehingga 4 September. Dalam versi ini, pemain boleh mencari 7 biji mutiara naga semasa bermain mod battle royale bagi menyeru Shenron (naga) yang akan memberikan tambahan kuasa untuk mereka  merangkul kemenangan pada setiap sesi permainan.

Di samping itu, beberapa kawasan di Erangel, Livik dan Sanhok akan menampilkan peta yang sedikit berlainan berdasarkan rekaan ‘Dragon Ball Village’, ‘Tenkaichi Budokai’, ‘Kame House’ dan ‘Karin Tower’, yang sudah semestinya memiliki barangan istimewa  tersendiri.

PUBG Mobile juga akan menerima elemen ‘Ki’ yang akan melakukan pergerakan malah membolehkan pemain untuk menggunakan kuasa “
‘Kamehameha’ dan ‘Buku-jutsu’ untuk terbang. Bukan itu sahaja, pemain juga boleh memakan ‘Senzu Beans’ untuk menambah Ki tersebut.

Selain itu, pada 15 Julai sehingga 4 September, mod baharu juga akan ditambah iaitu Battle Royale: Dragon Ball Super yang akan mengubah PUBG Mobile dengan rekaan seni seakan siri anime.
 

PUBG Dragon Ball 2

image is not available
PUBG Dragon Ball 2 - gambar PUBG.com

Mod ini menjadikan pemain sebagai seorang daripada watak Dragon Ball Super iaitu Son Goku, Vegeta, Frieza, Piccolo dan Gohan yang mempunyai kebolehan tersendiri. Bagi menambahkan kemeriahan versi ini, PUBG Mobile juga akan menerima pelbagai barangan kosmetik berdasarkan Dragon Ball Super.

Jadi pastikan anda mengemaskini aplikasi PUBG Mobile di telefon pintar anda sama ada di iOS dan Android untuk bersama-sama menikmati keseronokan permainan dalam talian ini. - Getaran, 15 Julai 2023

View Original Article