Public Gold lancar buku edisi ke-3 'Hadiah Persaraan Buat Umi' sempena PBAKL 2025

LocalBusiness & Finance
28 May 2025 • 11:03 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Public Gold lancar buku edisi ke-3 'Hadiah Persaraan Buat Umi' sempena PBAKL 2025

image is not available

28/05/2025 - 11:03

(Dari kiri ke kanan) : Ketua Pegawai Eksekutif Galeri Ilmu, Mohd Yusri Mohd Yusof, waris Allahyarham Abdur Rahman Al-Amin, Saiyidah Nafisah, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group, Datuk Wira Louis Ng, Ketua Pengarang dan penulis bersama buku, Zakaria Sungib Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 28 Mei – Public Gold bersama Galeri Ilmu melancarkan edisi ketiga buku bersiri ConsuMerchant, Hadiah Persaraan Buat Umi bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL 2025) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Naskhah tersebut mengetengahkan kisah benar seorang anak muda yang menjana pendapatan pasif secara konsisten buat ibu bapanya melalui platform emas Public Gold, dengan penekanan kepada perancangan kewangan jangka panjang dan pewarisan ekonomi lestari.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Wira Louis Ng berkata, edisi baharu itu membuktikan keberkesanan model ConsuMerchant dalam memacu kebebasan kewangan dan pembinaan legasi tanpa mengira latar belakang atau tahap kesihatan.

Buku tersebut melengkapkan kesinambungan dua edisi terdahulu iaitu ConsuMerchant: A Revolutionary Sharing Economy Business Model (2023) dan ConsuMerchant: Kisah-kisah Kejayaan (2024).

image is not available

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Wira Louis Ng, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Galeri Ilmu, Mohd Yusri Mohd Yusof, dan Ketua Editor yang juga penulis bersama buku tersebut, Zakaria Sungib.

Turut hadir ialah Saiyidah Nafisah Ismail, waris kepada Allahyarham Abdur Rahman Al-Amin yang menjadi inspirasi utama naskhah berkenaan.

Kesemua buku itu menjelaskan bagaimana orang ramai boleh menjana pendapatan menerusi model ConsuMerchant iaitu pendekatan inovatif yang menggabungkan peranan pengguna dan usahawan berteraskan nilai dan kepercayaan.

Public Gold berkata, pelancaran buku ini seiring misi menyokong kestabilan kewangan jangka panjang rakyat Malaysia melalui konsep "pendapatan sepanjang hayat" yang boleh diwarisi.

image is not available

"Ia bukan sekadar kisah kejayaan, malah menyampaikan mesej mendalam tentang penghargaan terhadap ibu bapa dan kesinambungan usaha selepas pemergian insan tersayang," kata syarikat dalam satu kenyataan.

Semua hasil jualan akan disalurkan kepada ibu bapa Allahyarham Abdur Rahman sebagai tanda penghargaan terhadap kasih sayang dan pengorbanan mereka, selaras dengan aspirasi Public Gold dalam memperkasa nilai kemanusiaan dan menyemai semangat keusahawanan dalam masyarakat.

image is not available

Buku tersebut kini boleh didapati secara eksklusif di platform pgmall.my dan rangkaian kedai buku utama seluruh negara.- DagangNews.com

standard