‘Public Holiday’ Kini Trending, Meme Yang Dikongsi Di Twitter Buat Netizen Terhibur

24 Nov 2022 • 5:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masih belum nak berputus asa, ok!

‘Public Holiday’ Kini Trending, Meme Yang Dikongsi Di Twitter Buat Netizen Terhibur. Berita yang dinanti-nantikan selepas PRU15 akhirnya berakhir selepas pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 hari ini.

Kini setelah berita utama ini telah diumumkan, satu lagi topik baru-baru ini menjadi trending di Twitter – adakah Malaysia akan mengadakan cuti umum? Amboi, masih belum berputus asa lagi ya, netizen!

image is not available
‘Public Holiday’ Kini Trending, Meme Yang Dikongsi Di Twitter Buat Netizen Terhibur

“Tengah tunggu pengumuman cuti umum sekarang,” – netizen

Topik ‘Public Holiday’ kini menjadi trending di Twitter kerana netizen masih mengharapkan kerajaan baharu mengumumkan cuti umum. Malah, sekitar 11k tweet mengenai topik ‘Public Holiday‘ telah dimuat naik pada masa penulisan.

Yang lebih menghiburkan, netizen telah memuat naik beberapa meme tentang topik tersebut – dan ia tidak mengecewakan!

image is not available
Kredit: Twitter

image is not available
Kredit: Twitter

image is not available
Kredit: Twitter

image is not available
Kredit: Twitter

Kan best kalau kita ada cuti umum selepas berdebar-debar menunggu pengumuman selama beberapa hari! Netizen dan cuti awam berpisah tiada image is not available