Public Packages catat untung bersih RM10.7 juta, naik 13.1% pada 3QFY24 dibantu oleh dividen pelaburan
18/11/2024 - 17:53
KUALA LUMPUR 18 Nov - Public Packages Holdings Bhd (PPHB) mencatat kenaikan 13.1% dalam keuntungan bersih kepada RM10.7 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024 (3QFY24) didorong oleh hasil kawalan kos dan pendapatan dividen daripada aktiviti pelaburan.


