PublicInvest optimis terhadap prospek jangka panjang Magni-Tech Industries

Business & Finance
28 Jun 2023 • 12:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PublicInvest optimis terhadap prospek jangka panjang Magni-Tech Industries

azan

28/06/2023 - 12:04

KUALA LUMPUR 28 Jun - Public Investment Bank Berhad (PublicInvest) optimis terhadap prospek jangka panjang Magni-Tech Industries Berhad walaupun berdepan sentimen pengguna yang lemah.

Firma itu berkata, unjuran itu adalah berdasarkan kepada perubahan minat pengguna terhadap pakaian sukan yang menjadi fesyen terbaharu dan peningkatan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan.

"Kami difahamkan kumpulan itu merancang untuk melancarkan produk baharu (sebagai contoh: jaket sintetik) yang dipercayai membolehkan mereka meraih margin keuntungan lebih besar.

"Margin keuntungan itu didorong oleh proses pembuatan yang berkualiti tinggi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Terdahulu, hasil 4QFY23 kumpulan menyusut 4.5% kepada RM246.6 juta, kerana kedua-dua segmen pakaian (-3.3%) dan pembungkusan (-15.3%) menyaksikan penurunan dalam jualan.

Bagaimanapun, selepas membuat pelarasan untuk keuntungan tukaran mata wang asing (forex), keuntungan bersih teras kumpulan meningkat 11.4% kepada RM27.1 juta didorong peningkatan pendapatan pelaburan dan keuntungan operasi daripada segmen pembungkusannya (+48.8% YoY).

Peningkatan itu disebabkan oleh kos operasi yang lebih rendah.

Sebaliknya, segmen pakaian menyaksikan margin keuntungan operasinya berkurangan sebanyak 1.3ppts kepada 11.7%, mungkin disebabkan kecekapan pengeluaran yang lebih rendah.

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM2.30 sesaham. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved