PublicInvest ramal eksport Poh Huat tidak berubah kesan kelembapan perbelanjaan perabot rumah di AS

LocalBusiness & Finance
13 Sep 2024 • 4:53 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

image is not available

PublicInvest ramal eksport Poh Huat tidak berubah kesan kelembapan perbelanjaan perabot rumah di AS

azan

13/09/2024 - 16:53

KUALA LUMPUR 13 Sept - Public Investment Bank Bhd (PublicInvest) meramalkan eksport Poh Huat Resources Holdings Bhd kekal tidak berubah kesan kelembapan dalam perbelanjaan perabot rumah di Amerika Syarikat (AS) disebabkan lebih inventori.

Firma penyelidikan itu akan terus mengambil pendekatan berhati-hati selepas eksport mencatatkan penurunan dari suku tahun ke suku tahun tetapi ia dijangka kembali melonjak pada 4QFY24 didorong musim perayaan akhir tahun.

Bagaimanapun, katanya, permintaan untuk perabot pejabat kekal teguh, disokong oleh peralihan ke arah model kerja hibrid dan kembali ke pejabat seperti yang ditunjukkan dalam operasi di Malaysia.

"Walaupun usaha berterusan dilakukan bagi mengurangkan tahap inventori, peningkata inventori runcit terus menjadi menghalang jualan daripada menjana permintaan yang mencukupi untuk produk akhir.

"Oleh itu, kami menjangkakan industri perabot kekal mencabar dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Terdahulu, kumpulan itu menunjukkan keputusan operasinya di Malaysia yang memberi tumpuan kepada segmen pejabat mencatatka peningkatan sebanyak 24% dalam hasil dan 56% dalam keuntungan sebelum cukai bagi suku ketiga berakhir 31 Julai 2024 (3QFY24) .

Secara keseluruhannya, Poh Huat melaporkan bahawa keuntungan bersihnya merosot 39% tahun ke tahun kepada RM2.97 juta pada 3QFY24.

Sementara itu, pendapatan bersih bagi sembilan bulan pertama, meningkat 29% kepada RM20.51 juta.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'underperform' dengan harga sasaran (TP) RM1.16 sesaham.- DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved