Puji Masakan Peserta Sedap, Masterchef Australia Teruja Makan ‘Rempeyek’

20 Sep 2022 • 1:44 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Program realiti ini mendapat sambutan hangat satu dunia

Puji Masakan Peserta Sedap, Masterchef Australia Teruja Makan ‘Rempeyek’. Rempeyek merupakan makanan tradisional yang asalnya dari Jawa, tetapi ianya tidak lagi asing di Pualu Borneo ini.

Bahkan, ramai juga yang suka dengan kerangupannya bersama kacang tanah, ikan bilis, daun cekur dan juga kombinasi rempah disediakan melibatkan kemahiran dan resepi yang khusus.

image is not available
Puji Masakan Peserta Sedap, Masterchef Australia Teruja Makan ‘Rempeyek’

Siapa sangka, makanan tradisional ini mampu memikat hati para juri Australia

Rancangan Masterchef adalah antara rancangan yang popular di kalangan penonton. Manakan tidak, penonton minat untuk menonton segala jenis sajian dengan hidangan yang enak. 

Rancangan realiti ini mula diterbitkan dari tahun 2010 lagi. Walaupun ianya merupakan rancangan yang agak lama, namun telah tular lagi sekali rancangan pertandingan memasak Masterchef di Australia, di mana para juri ini telah memuji masakan Indonesia.

image is not available
Sumber: sbs.com.au

Tati menghidangkan dua jenis hidangan untuk episod ini

Menerusi perkongsian semula episod rancangan masakan itu di aplikasi TikTok, peserta yang bernama Tati Carlin berdarah Indonesia menjadikan Rempeyek dan juga Garang Asem sebagai hidangan kepada juri di Australia.

Tati Carlin merupakan peserta Masterchef Australia Season 11 pada tahun 2019. Kebanyakan hidangan yang disediakan oleh Tati adalah resepi istimewa turun temurun dari neneknya.

Hidangan yang disediakan oleh Tati ini telah meraih pujian hebat dari para juri dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam pembuatan masakan-masakan khas Indonesia. Bahkan juri turut memuji bahawa hidangan yang disediakan oleh Tati ini adalah ‘recipe of the season‘ untuk episod tersebut.

Tati, kami sangat bertuah kerana ada anda dalam pertandingan ini”

Juri George Calombaris

Apa yang membuatkan para juri tersebut teruja, adalah keenakan rempeyek yang rangup dan disertakan dengan Garang Asem yang pekat dan sangat sesuai untuk dijadikan comfort food.

image is not available
Sumber: sbs.com.au

Klip video pasangan warga asing sedang menikmati sebiji ‘pisang gergasi’ ketika bersiar-siar di Waterfront, Kuching kini telah tular sehingga ke luar negara. Baca pautan di bawah:

View Original Article