Pukul Guna Topi Keledar: Ahli Keluarga Pelajar Madrasah Ditahan, Halang Tugas Polis

LocalPolitics
16 Dec 2025 • 2:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Empat lelaki ditahan selepas didapati cuba menghalang polis menjalankan operasi penahanan seorang suspek yang terlibat dalam kes penderaan seorang pelajar madrasah yang tular di media sosial.

Ahli keluarga pelajar madrasah menggunakan kata-kata kesat

Menurut laporan Sinar Harian, kesemua lelaki berusia antara 30 hingga 50-an dipercayai ahli keluarga mangsa yang dalam video tersebut dilaporkan dipukul menggunakan topi keledar pada malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata kejadian berlaku di Telipok sekitar jam 6.45 petang Isnin ketika pegawai polis sedang membawa suspek untuk siasatan lanjut.

“Semasa operasi itu, beberapa individu menghalang kenderaan polis, menggunakan kata-kata kesat, menendang kenderaan dan cuba membuka pintu kenderaan, sehingga mengganggu tugasan pegawai,” katanya.

image is not available

Polis turut merampas sebatang besi golf yang dipercayai digunakan semasa insiden.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan semua suspek akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selain menjalani ujian saringan air kencing dan rakaman percakapan saksi.

image is not available

Kasim menekankan bahawa orang ramai perlu bertenang dan memberi kerjasama penuh kepadaa polis.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki ditahan berhubung video berdurasi hampir lima minit yang memaparkan remaja dipukul menggunakan topi keledar di sebuah premis di Kota Kinabalu

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

The post Pukul Guna Topi Keledar: Ahli Keluarga Pelajar Madrasah Ditahan, Halang Tugas Polis appeared first on Borak Daily.