Pukul Hingga Maut, Mayat Kanak-Kanak OKU Dibuang Kekasih Ibu Dalam Semak

6 Jan 2023 • 12:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kejadiaan yang berlaku di Kampung Kranji sememangnya menyayat hati apabila seorang mayat kanak-kanak lelaki istimewa dijumpai di kawasan semak.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) itu telah maut setelah dipukul teruk oleh seorang individu lelaki.

Kejadiaan dipercayai berlaku kira-kira lima hari sebelum ibu mangsa menghubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang kehilangan anaknya pada 21 Disember lalu.

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, suspek lelaki berusia 35 tahun memberitahu telah memukul anak bongsu teman wanitanya sehingga maut sebelum membuang mayatnya di kawasan semak.

Setelah memberitahu hal terbabit, pihak polis dipandu suspek untuk dibawa kekawasan dia membuang mayat dan selepas menjumpainya, ibu mangsa mengesahkan identiti anak istimewanya berdasarkan pakaian serta anak patung yang dipegang mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Poge Nyaon berkata, anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang menjalankan siasatan, ibu mangsa turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Manakala mayat kanak-kanak OKU itu dibawah ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available 3 minggu lalu

(VIDEO) "Ya Allah Kesian Anak.." - Budak Perempuan Menangis Di Sisi Mayat Ibu Berlumuran Darah, Dipercayai Dibunuh