Pukul, ugut adik sebab silap tukar saluran TV

27 Dec 2022 • 4:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki tergamak memukul dan mengugut adiknya kerana mangsa tersilap menukar saluran televisyen di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Permai, di sini pada Isnin. - Gambar hiasan

AMPANG - Seorang lelaki tergamak memukul dan mengugut adiknya kerana mangsa tersilap menukar saluran televisyen di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Permai, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian jam 4 petang, suspek berusia 26 tahun itu telah meminta mangsa menukar saluran televisyen.

Lelaki berusia 23 tahun itu telah tersalah tekan sehingga mengakibatkan suspek berang lalu menumbuk badan dan mulut serta menampar muka adiknya.

"Akibat kejadian itu, mangsa terpaksa menerima rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan di dada, rusuk kanan dan bibir," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya telah memberkas suspek di pangsapuri berkenaan pada jam 12.30 tengah malam, Selasa.

"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau termasuk kes curi kenderaan pada 2014," katanya.

"Suspek direman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 akta yang sama," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved