Asal usul sambutan hari Gawai bagi masyarakat Bidayuh adalah menandai kesyukuran selepas musim menuai. Perayaan hari Gawai merupakan simbol budaya, adat dan komuniti. Jika dapat dilihat pada zaman dahulu, Gawai disambut dengan meriah dan penuh adat. Pada zaman sekarang, ramai anak muda sudah berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. Ramai yang tidak dapat balik ke kampung apabila tiba musim perayaan. Namun, banyak yang tidak melepaskan peluang untuk pulang menyambut perayaan ini dengan ahli keluarga masing-masing. Bagi yang tidak tahu, perayaan hari Gawai disambut pada 1 Jun setiap tahun. Jika dulu, rumah panjang masih aktif dan padat dengan penduduk. Namun kini, kaum Bidayuh terutamanya sudah membina rumah persendirian namun mereka masih mengamalkan adat dan tradisi yang sama. Semangat kejiranan masih tetap utuh.
Semangat ziarah-menziarahi atau disebut sebagai ngabang masih kekal dikalangan penduduk tempatan. Masakan tradisional masih disediakan seperti manok pansoh, kasam ikan, nasi dimasak dalam daun dan tuak. Semangat bergotong-royong untuk memasang ranyai dilakukan seminggu sebelum hari Gawai di balai raya di kampung masing-masing. Apabila hari Gawai tiba, kita ibarat pulang ke akar. Kampung menjadi tempat pertemuan sanak saudara yang jarang bertemu. Yang jauh berkunjung, yang dekat dieratkan. Namun, Gawai pada masa sekarang lebih ringkas. Upacara miring sudah kurang dilakukan atas sebab tertentu seperti sudah kurang generasi baru yang tahu untuk melakukan upacara tersebut. Budaya digital kian menerap jika dulu hanya berinteraksi secara bersemuka sekarang semua dihujung jari.
Namun perkara ini bukanlah sesuatu yang buruk malah jika kita lihat dari sudut positif, pengaruh media sosial dan teknologi memainkan peranan penting. Gen Z seperti saya gemar berkongsi gambar OOTD menggunakan baju tradisional, makanan tradisional dan vlog pulang kampung. Dengan berkongsi perkara seperti ini, orang luar dapat melihat keunikan sambutan perayaan Gawai. Ada juga yang menghasilkan konten yang kreatif menggunakan lagu-lagu tradisi menjadikan sambutan ini lebih menarik. Orang luar terutamanya masyarakat yang berbilang bangsa sudah tentu akan tertarik dan ingin mengetahui tentang sambutan ini dengan lebih mendalam. Ada yang berhasrat untuk berkunjung dan mengikuti perarakan Gawai pada tahun-tahun mendatang.
Generasi muda terutamanya generasi Z harus berganding bahu supaya warisan dan adat tidak lapuk ditelan zaman. Budaya harus dikekalkan tidak hanya harus diingati. Kesedaran untuk menjaga identiti Bidayuh harus dipertingkatkan dari masa ke semasa. Gawai diharapkan bukan hanya cuti tahunan tapi sebagai masa untuk kita menyuburkan akar kebudayaan.
Zevi Sia (yyuzevia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
.png)


