Pulau Banggi jadi fokus pendekatan WoGoS, ATM tingkatkan keselamatan komuniti

LocalPolitics
24 Nov 2025 • 1:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pulau Banggi, Kudat dipilih sebagai lokasi pelaksanaan pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan serta pembangunan komuniti di kawasan terpencil.

Pulau Banggi jadi fokus pendekatan WoGoS

Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF), lawatan kerja rasmi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke kawasan Operasi PASIR hari ini turut disertai Program Semarak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama komuniti setempat.

image is not available

MINDEF berkata, ketibaan Mohamed Khaled disambut dengan Pertunjukan Tarian Perang serta kehadiran lebih 500 penduduk Pulau Banggi.

“Keberadaan ATM di Pulau Banggi bukan sahaja memperkukuh keselamatan setempat, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat.
“Usaha ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk melalui peningkatan peluang ekonomi, hubungan yang lebih baik dan taraf hidup yang lebih sejahtera,” kata kenyataan itu hari ini.

Program Semarak ATM di Pulau Banggi merupakan kemuncak kepada lebih 50 aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun di sekitar Kudat, termasuk gotong-royong, aktiviti kerohanian, kesihatan dan pendidikan melibatkan penduduk serta ATM.

image is not available

Pendekatan WOGOS yang diterapkan MINDEF menekankan kerjasama rentas kementerian dan masyarakat bagi memastikan komuniti di kawasan pedalaman menikmati pembangunan setara, perlindungan keselamatan yang kukuh serta kualiti hidup yang lebih baik.

image is not available

Turut hadir pada program tersebut ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Pahlawan Mohd Nizam Jaffar; Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Lokman Hakim Ali; serta veteran ATM dan wakil agensi penguatkuasaan termasuk Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).