Pulau Khas Untuk eSukan Akan Dibina Di Abu Dhabi

TechnologyGamingDigital
16 Apr 2024 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah pulau khas untuk mengadakan acara eSukan akan dibina di Abu Dhabi. Projek ini dibangunkan oleh True Gamer dengan ia terdiri daripada TG Arena sebagai tempat pelbagai acara eSukan akan diadakan bersama dengan Digital Tower yang akan menjadi pejabat pelbagai syarikat pembangunan permainan video serta organisasi sukan.

image is not available

Akhir sekali GG Resort juga akan dibina di pulau yang dibina oleh manusia ini dengan 200 bilik. Di GG Resort sebuah pusat latihan juga akan diadakan bagi mereka yang mempunyai aspirasi untuk menjadi atlet eSukan masa hadapan. Pengunjung kelak boleh melakukan terjunan dari GG Tower seperti mereka terjun dalam permainan video PUBG.

image is not available

Secara keseluruhan projek pulau eSukan ini akan menelan belanja $280 juta (~RM 1.34 bilion). Lokasi yang dipilih ialah Al Raha Creek di Al Seef. Bila projek akan dimulakan dan siap masih belum diumumkan pada waktu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved