Pulau Pinang komited perkukuh sokongan terhadap penjagaan paliatif pediatrik

LocalHealth & Fitness
23 Aug 2026 • 1:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pulau Pinang komited perkukuh sokongan terhadap penjagaan paliatif pediatrik

GEORGE TOWN : Kerajaan Pulau Pinang komited untuk terus memperkukuh sokongan terhadap penjagaan paliatif pediatrik atau inisiatif penjagaan kesihatan khusus bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim berkata, langkah itu perlu kerana penyakit tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada kanak-kanak yang terlibat, tetapi, turut menambah tekanan emosi, fizikal serta kewangan kepada ibu bapa dan penjaga mereka.

Justeru katanya, kewujudan pusat jagaan berpusat seperti Hospis Kanak-Kanak Malaysia (MCH) Pulau Pinang dianggap tepat masa masanya kerana ia dapat memastikan agar proses penjagaan paliatif pediatrik itu terus berjalan sama ada di rumah atau dalam komuniti selepas pesakit menerima rawatan di hospital.

“Penjagaan paliatif pediatrik sebenarnya adalah satu bentuk keperluan kritikal bagi memastikan kanak-kanak itu mendapat maruah, keselesaan dan kasih sayang tanpa syarat, manakala keluarga pula tidak melalui perjalanan ini sendirian,” katanya selepas merasmikan MCH Pulau Pinang, hari ini.

Sementara itu, Siew Khim berkata, kerajaan negeri tidak pernah melihat MCH Pulau Pinang sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semata-mata, tetapi, sebagai rakan penting dalam memperkukuh kebajikan masyarakat di negeri ini.

Katanya, pelbagai inisiatif telah digerakkan bukan sahaja untuk membantu mengumpul dana bagi merealisasikan penubuhan pusat penjagaan itu, malah, untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan khusus bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) serta rakan dalam sektor kesihatan dan kebajikan untuk menyokong iniasiatif ini sepenuhnya,” ujar beliau.-UTUSAN

The post Pulau Pinang komited perkukuh sokongan terhadap penjagaan paliatif pediatrik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved