Pulau Redang Dan Pulau Perhentian Bakal Nikmati Bekalan Elektrik 24 Jam

21 Sep 2022 • 5:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penantian lebih 20 tahun penduduk Pulau Perhentian dan Pulau Redang untuk menikmati bekalan elektrik 24 jam bakal menjadi kenyataan dalam tempoh tiga tahun lagi. - Gambar AFP

KUALA TERENGGANU - Penantian lebih 20 tahun penduduk Pulau Perhentian dan Pulau Redang untuk menikmati bekalan elektrik 24 jam bakal menjadi kenyataan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata ia susulan kelulusan Projek Pulau Tenaga di dua pulau itu oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pada 6 Julai lepas.

Beliau berkata projek itu dijangka memberi sumber bekalan tenaga kepada hampir 600 pengguna domestik, pengguna komersial, pengusaha hotel, resort serta chalet yang beroperasi di pulau berkenaan.

"Kerajaan negeri cukup memahami kesukaran dan masalah yang dialami oleh pengguna terutama pengusaha hotel dan resort disebabkan bekalan elektrik yang terhad.

"Justeru, kami sedaya upaya memohon supaya disegerakan projek itu yang difahamkan telah dibuat permohonan 20 tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ariffin berkata beliau difahamkan masalah kos terlalu tinggi yang melibatkan pemasangan kabel fiber optik dianggarkan sepanjang 21 kilometer di dasar laut, menjadi kekangan kepada pelaksanaan projek itu sebelum ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved