Puluhan Penerbangan Di Lapangan Terbang Frankfurt Dibatalkan Akibat Banjir

17 Aug 2023 • 6:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keadaan banjir di Lapangan Terbang Frankfurt di Jerman yang dirakamkan petugas. - gambar X

FRANKFURT - Puluhan penerbangan di Lapangan Terbang Frankfurt di Jerman dibatalkan selepas hujan lebat mencetuskan banjir di beberapa kawasan di lapangan terbang itu dan operasi pengendalian darat terpaksa dihentikan selama sejam.

Setakat petang Rabu, beberapa ruang, termasuk tempat pesawat diletakkan dinaiki air banjir, memaksa banyak penerbangan dibatalkan, ditangguhkan atau dilencongkan, kata jurucakap lapangan terbang itu kepada Agensi Berita Jerman (dpa) pada Khamis.

Perkhidmatan pengendalian di lapangan terbang paling sibuk di Jerman itu digantung sepenuhnya selama lebih dua jam, menyebabkan 34 pesawat tidak dapat berlepas mengikut jadual pada Rabu.

Laman sesawang lapangan terbang itu menyenaraikan kira-kira 70 pembatalan dan sebanyak 23 lagi penerbangan ketibaan telah dilencongkan ke lapangan terbang lain.

Perkhidmatan Cuaca Jerman mengeluarkan amaran ribut petir untuk semua negeri di Hessen, lokasi terletaknya Frankfurt.

Terdapat juga laporan mengenai banjir di negeri Baden-Wurttemberg, Rhineland-Palatinate dan Thuringia.  - BERNAMA-dpa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved