PUMA, FAM lancar jersi ketiga Harimau Malaya

LocalFootball
5 Dec 2025 • 9:44 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama PUMA Malaysia hari ini melancarkan jersi ketiga skuad Harimau Malaya bagi musim ini, yang menggabungkan inovasi prestasi dengan reka bentuk moden dan segar.

Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan, berkata jersi yang menampilkan kombinasi warna biru dan merah itu menggunakan tema ‘Bangkit Bersama’ bagi melambangkan semangat ketabahan kolektif dan fokus baharu terhadap bola sepak negara.

“Edisi ini turut menampilkan padanan warna baharu bersama corak belang harimau sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak Malaysia — keberanian, kekuatan dan aspirasi terhadap kecemerlangan,” katanya.

Pelancaran jersi ketiga ini melengkapkan rangkaian jersi musim ini selepas jersi tuan rumah dan jersi tempat lawan dilancarkan awal tahun. Jersi yang dilengkapi teknologi prestasi dan kelestarian terkini PUMA kini dijual pada harga RM319 di laman web PUMA.com, kedai PUMA serta beberapa kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved