PUMA penaja baharu jersi Harimau Malaya

LocalFootball
1 Jan 2025 • 9:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PUMA, kini merupakan penaja pakaian dan jersi rasmi skuad bola sepak kebangsaan, berkuat kuasa hari ini. Foto FAM

JENAMA sukan antarabangsa, PUMA, kini merupakan penaja pakaian dan jersi rasmi skuad bola sepak kebangsaan, berkuat kuasa hari ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama strategik dengan jenama sukan dari Jerman itu, menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia.

Kenyataan itu memaklumkan kerjasama tersebut, menggabungkan bersama dedikasi FAM terhadap sukan nombor satu dunia itu, serta legasi inovasi dan kecemerlangan PUMA di dalam dan luar padang.

"Butiran lanjut mengenai perjanjian kerjasama FAM dan PUMA akan dimaklumkan pada majlis pelancaran yang akan diumumkan nanti,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, FAM mengucapkan terima kasih kepada jenama sukan Nike yang menaja pakaian dan jersi rasmi Harimau Malaya sebelum ini selama 18 tahun bermula dari Januari 2007 hingga Disember 2024.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved