Punca kebakaran 14 kedai masih dalam siasatan

31 Oct 2022 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anbalagan (tengah) meninjau keadaan sekeliling selepas operasi memadam kebakaran dijalankan.

SERDANG - Punca kebakaran 14 premis di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang di sini pada Isnin masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada jam 4.30 pagi.

"Seramai 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dan BBP Bangi bersama lima jentera pemadam api serta dua lori tangki air ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

"Sebanyak 14 premis terbakar sepenuhnya membabitkan bangunan kedai dua tingkat yang diperbuat daripada papan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Anbalagan berkata, 13 daripadanya mempunyai pemilik, manakala sebuah kedai lagi adalah premis kosong.

"Antara kedai yang musnah dalam kebakaran ini adalah dua kedai emas, kedai daging salai, bengkel motosikal, kedai cermin mata, kedai alat solek, kedai minuman keras, kedai perkakas, kedai runcit, kedai pajak, kedai serbaneka dan klinik.

"Jumlah keseluruhan kerugian akibat kebakaran itu masih belum diketahui,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

"Pihak bomba masih melakukan pemeriksaan di seluruh lokasi kebakaran itu dan menyiasat punca kejadian," ujar beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved