Punca Kematian Burung Merpati Di Tebingan Kuching Disiasat

4 Aug 2023 • 12:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Burung merpati 40 ekot tiba-tiba mati di kawasan Masjid Terapung, Tebingan Kuching

Punca Kematian Burung Merpati Di Tebingan Kuching Disiasat. Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang menyiasat kematian lebih 40 ekor burung merpati berhampiran Masjid Terapung di Tebing Kuching. Dipercayai kejadian berlaku pada Rabu, semalam.

Menurut laporan, SFC mendakwa bahawa pasukan telah pergi ke tempat kejadian untuk mengumpulkan semua spesimen.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: detikcom

“Sampel yang dikumpul akan dihantar untuk dianalisis di makmal.

“Semua merpati itu adalah jinak dan tidak disenaraikan sebagai spesies dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat dan data,” katanya menerusi kenyataan hari ini, memetik sumber.

DBKU letak pita keselamatan untuk mengelak orang awam masuk

Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyatakan bahawa pita keselamatan telah diletakkan bagi mengelak orang awam memasuki kawasan tempat burung itu mati.

image is not available
Sumber: harianmetro

“DBKU memandang serius perkara seumpama ini dan sedang menyiasat berkenaan insiden terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga artikel yang berkaitan: