Punca Kematian Nur Farah Kartini Belum Disahkan Kerana Mayat Reput Di Muka, Dada

17 Jul 2024 • 1:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
punca kematian

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan buat masa ini pakar tidak dapat mengesahkan sebab kematian Nur Farah Kartini kerana mayat sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

Katanya, Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh menunggu keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

image is not available

Keputusan analisis makmal juga diperlukan untuk  menolak kemungkinan ada sebab-sebab lain yang berkait kematian mangsa.

Dalam perkembangan lain, abang mangsa memaklumkan jenazah adiknya akan disemadikan di Pekan, Pahang, hari ini.

Namun perincian mengenai masa dan lokasi pengebumian masih belum dikenal pasti.

image is not available

Jap!