Punca Kenderaan Tersadai, Kos Penyelenggaran Tinggi

LocalCars
2 Sep 2024 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lebih 1,500 kenderaan tersadai di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Itu kata unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan menyifatkan jumlah itu berdasarkan penelitian pihaknya di 64 PA dan PPR.

Rata-rata kenderaan yang tersadai itu terdiri daripada kereta dan motosikal.

image is not available

"Antara penyebab kenderaan dibiarkan tersadai di kawasan PA dan PPR adalah kerana kos penyelenggaraan yang tinggi, kenderaan terlalu usang, pemilik meninggal dunia atau berpindah ke tempat lain, pemilik kurang kesedaran dan tidak bertanggungjawab serta mempunyai masalah dari segi dokumentasi," katanya.

Bagi menyelesaikan masalah lambakan kenderaan tersadai, DBKL sudah pun mengeluarkan notis kompaun kepada pemilik kenderaan.

image is not available

Namun jika masih gagal mengalihkan kenderaan selepas tempoh notis tamat, tindakan tunda kenderaan akan diambil.

Malah, sekiranya pemilik gagal menuntut kenderaan dalam tempoh ditetapkan, tindakan pelupusan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 116 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 akan dilaksanakan.

"Setiap tindakan penguatkuasaan menunda kenderaan buruk tersadai di PA dan PPR adalah berdasarkan kepada aduan yang diterima daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) serta penduduk setempat menerusi pelbagai saluran," katanya.

View Original Article