“Punggung & Pahanya..” – Netizen Banding Bentuk Badan Lisa BP Dulu & Sekarang

23 Apr 2024 • 11:54 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sudah 8 tahun dalam industri, sepertinya imej Lisa BLACKPINK sudah pun sedikit berlainan sekarang.

Semasa di awal permulaan kariernya, Lisa sering mendapat perhatian ramai kerana fizikalnya yang langsing selain tangan dan kaki yang panjang.

Pun begitu, bentuk badan wanita itu kini semakin berubah apabila lengan dan bahagian bawahnya kelihatan semakin berotot lantas dia mempunyai bentuk ‘hour glass’. Semakin seksi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Semasa menghadiri Coachella 2024, Lisa tampil menawan sambil memaparkan badan menggiurkan dengan memakai seluar pendek, crop top, jaket kulit besar dan but panjang. Malah dia menepis dakwaan di mana dia dikatakan memakai pad punggung bagi kelihatan lebih ‘bervolume’.

Komen yang lain,

  • Asalnya memang bentuk badannya dah cantik, ditambah pula dengan tambahan sedikit lemak dan otot, auto makin cantik!
  • Cemburunya bila lihat lemaknya pergi ke tempat yang betul seperti punggung dan paha.
  • Memang terkesima kalau jumpa dia depan-depan.
  • Saya sebenarnya lebih terperanjat lihat Lisa berbanding Jennie.
  • Tapi sekarang pun dia masih kurus..

Lisa pakai apa pun, mesti seksi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article