Jangan guna 'laluan tikus' pulang beraya ke Kelantan

19 May 2020 • 4:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA BHARU - Anak Kelantan di perantauan dinasihati tidak guna ‘laluan tikus’ untuk pulang beraya di kampung susulan larangan perjalanan rentas negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, perbuatan sedemikian hanya mendedahkan ahli keluarga di kampung terhadap jangkitan koronavirus (Covid-19).

“Ada sanggup menggunakan 'laluan tikus' semata-mata untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitiri di kampung,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mengenai kepulangan pelajar institusi pengajian tinggi ke Kelantan, beliau berkata, setakat ini tiada kes Covid-19 melibatkan pelajar terbabit.

“Kita berharap agar rakyat patuh prosedur operasi standard terutamanya jarak sosial," katanya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Muhammad Sanusi Md Nor yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14 pada Ahad lepas. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved