
SANDAKAN: Pewujudan Komuniti Madani mampu memupuk semangat kerjasama dan toleransi semasa ahli dan masyarakat sekitar.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, ia juga mampu mewujudkan masyarakat yang berdaya saing dan aktif dalam melaksanakan program kemasyarakatan yang bermanfaat.
Jelasnya, beliau juga menghargai usaha dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh jawatankuasa Komuniti Madani di kawasan Libaran yang merancang dan melaksanakan program-program yang bermanfaat.
"Meskipun Komuniti Madani itu masih baharu, namun ia mampu melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan terus memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan," tambahnya.
SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat DUN, Parlimen Libaran anjuran Komuniti Madani Zon Libaran dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sandakan di PPR Taman Muhibbah, Batu 12, Sandakan, pada Ahad.
Teks ucapan beliau disampaikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manila, Datuk Mokran Ingkat.
Hadir sama, Penyelaras Komuniti Madani Libaran dari Jabatan Penerangan Daerah Sandakan, R Fuaji Abdul Lahap @ R Fauzi yang mewakili Pegawai Penerangan Daerah Sandakan, Abdul Aziz Abd Karim serta pengerusi penganjur program dan wakil zon komuniti madani tersebut.
Zon itu melibatkan Sungai Manila, Kampung Kitagas, Zon Dandulit, Kampung Gum-Gum, Sungai Batang, Rancangan Sungai Manila, Zon Batu Putih, Taman Bahagia dan Zon Tinosa.
Suhaimi merakam penghargaan kepada pihak penganjur yang menganjurkan program itu dikawasan ini juga diisi dengan aktiviti sihat.
Antaranya pertandingan futsal dan yang lain mampu mewujudkan semangat toleransi, kerjasama dalam satu pasukan dan keharmonian.
"Usaha murni ini bukan sahaja menunjukkan komitmen anda untuk menganjurkan program tetapi juga mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama tinggi di kalangan kepimpinan dan ahli Komuniti Madani." Jelasnya.
Jabatan Penerangan menjadi penaung kepada Komuniti Madani.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
