Pura-pura jatuh pengsan, ramai tersengih lihat Bella Astillah ‘prank’ Syed Saddiq

LocalEntertainment
16 Dec 2024 • 9:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Pura-pura jatuh

Selebriti, Bella Astillah pura-pura jatuh pengsan sehingga Ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman panik telah menyebabkan peminat masing-masing tersengih menonton video tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok NielRafeq, Bella dilihat rebah ketika sedang berada disisi Syed Saddiq sebelum segera disambut oleh ahli politik muda itu.

@nielrafeq95

Full Kronologi Prank Birthday @Syed Saddiq @Bella Astillah

♬ original sound - NielRafeq - NielRafeq

Pura-pura jatuh rebah sebelum nyanyi lagu happy birthday

Ternyata, ‘drama’ yang dimainkan oleh Bella bertujuan untuk membuat ‘prank’ bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran Syed Saddiq apabila dia rakan-rakan yang berada di lokasi tersebut membawa sebiji kek serta belon.

Bella yang ketika itu sudah duduk di kerusi segera bangun dan sama-sama menyanyikan lagu ulang tahun buat Syed Saddiq.

image is not available

Bella Astillah pura-pura jatuh pengsan buat ‘prank’

Apa yang membuatkan peminat kedua-dua individu itu tersengih sudah tentu momen sewaktu ahli politik berkenaan menyuap potongan kek ke Bella sambil mendapat sorakan yang lain.

image is not available

Ulang2 tengok video sebab comel

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata ‘approve’ jika mereka mempunyai hubungan istimewa.

Mereka juga mengakui bahawa kedua-duanya nampak sepadan dan selebriti terbabit tetap cantik walaupun sudah mempunyai dua orang cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.

image is not available

Ada yang tersengih sorang2

image is not available

Harap mereka berjodoh

image is not available

Asalkan tak rampas suami orang kira okay la

image is not available

Difahamkan, mereka berdua sudah lama berkawan dan ketika ini sedang bekerjasama bagi menjadi model untuk memperagakan pakaian bersempena hari raya tahun hadapan untuk satu jenama pakaian.

Sumber: TikTok NielRafeq