Pusat 3S Chery Kini Dibuka Di Glenmarie, Shah Alam

LocalCars
11 Oct 2024 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Chery Malaysia minggu ini telah merasmikan pembukaan Pusat 3S Chery terbaru di Glenmarie, Shah Alam, yang dikendalikan oleh rakan niaga, Joystar Auto Sdn Bhd.

image is not available

Pusat 3S yang berkeluasan 3,090 meter persegi ini menempatkan sebuah bilik pameran yang selesa serta sembilan ruang servis yang serba lengkap.

image is not available

Selain itu, cawangan ini turut menyediakan beberapa fasiliti pengecasan AC untuk kegunaan pengguna kenderaan elektrik (EV) Chery Omoda E5 yang semakin meningkat.

Dengan penambahan Pusat 3S di Glenmarie ini, Chery Malaysia kini mempunyai 52 pengedar aktif di seluruh negara. Setiap pengedar menawarkan sokongan yang komprehensif untuk memenuhi keperluan pelanggan Chery di seluruh Malaysia.

Pusat 3S ini bertempat di Temasya Glenmarie, di No. 1 & 3, Jalan Perintis U1/52. Bilik pameran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, manakala pada hujung minggu dan cuti umum, waktu operasinya adalah dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sementara itu, pusat servis pula beroperasi dari Isnin hingga Sabtu bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, dan ditutup pada hari Ahad serta cuti umum.

image is not available