
.jpg)
OMODA | JAECOO Malaysia membuka cawangan Pusat 3S OMODA | JAECOO di Selayang, Selangor yang dikendalikan oleh CARRO Digital Sdn Bhd.
Fasiliti 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) yang serba lengkap ini meluaskan lagi jangkauan OMODA | JAECOO Malaysia kepada pelanggan di Selayang, Batu Caves, Templer, Rawang dan kawasan sekitarnya, dengan menyediakan akses mudah kepada rangkaian lengkap perkhidmatan jualan dan selepas jualan jenama tersebut di bawah satu bumbung.
Fasiliti 3S baharu ini dilengkapi dengan enam ruang penyelenggaraan (service bays), yang mampu mengendalikan kapasiti servis bulanan sehingga 624 kenderaan.
Pelanggan juga boleh menikmati bilik pameran yang luas dan selesa yang menampilkan konsep reka bentuk runcit terbaharu daripada OMODA | JAECOO Malaysia.
.jpg)
Terdapat juga kemudahan Wi-Fi percuma dan ruang santai kopi (coffee lounge) turut disediakan bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan, sekali gus mewujudkan suasana yang mesra dan elegan untuk pelanggan mahupun pengunjung.
Bukan sekadar jualan kenderaan, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai perkhidmatan komprehensif termasuk pandu uji, bantuan pembiayaan, penilaian tukar beli (trade-in), sokongan insurans, serta akses kepada perkhidmatan selepas jualan sah dan ekosistem pemilikan OMODA | JAECOO Malaysia.
Sementara itu, Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan, berkata, pembukaan cawangan Selayang bukan sahaja menambah satu lagi lokasi dalam rangkaian tetapi mencerminkan keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
"Kami akan terus memperluas rangkaian kami di seluruh negara bagi mendekatkan produk dan perkhidmatan selepas jualan kami kepada pelanggan, sekali gus memastikan pengalaman pemilikan yang lancar di mana sahaja mereka berada," katanya.
Untuk makluman, jenama ini kini mengendalikan 53 bilik pameran di seluruh negara, disokong oleh rangkaian kukuh rakan pengedar sah yang komited untuk memberikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman pemilikan yang luar biasa di seluruh negara.
Bilik pameran OMODA | JAECOO CARRO terletak di 17498, Jalan Besar, Kawasan Industri Selayang Indah, 68100 Batu Caves, Selangor.
Bilik pameran ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat, dan jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hujung minggu.
Pusat servis pula beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat, dan jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang pada hari Sabtu. Untuk sebarang pertanyaan pelanggan atau tempahan janji temu servis, sila hubungi 016-726 0833.


